Tabung Balik Rumah

8 Jul 2013

Ramadhan Datang Lagi..

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Semoga Ramadhan kali  ini sgt bermakna untuk kita menjalani ibadah 
Jangan lupe niat:




Amalan sunat untuk menghidupkn bulan Ramadhan: mengikut sunnah:

1) Membaca al-Quran
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Jibrail alahi salam membacakan al-Quran untuk baginda pada setiap tahun (pada bulan Ramadan) sebanyak sekali. Namun, pada tahun kewafatan baginda, dia membacanya sebanyak 2 kali. [HR al-Bukhari & Muslim]


2) Qiamulail 
Pada Ramadan, kita akan melaksanakan 2 jihad diri:

a) Jihad di siang hari dengan berpuasa.
b) Jihad di malam hari dengan qiamulail.

Sesiapa yang berjaya melakukan 2 jihad ini dengan sebaik-baiknya, baginya ganjaran yang amat besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun (solat) pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan & pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas." [HR al-Bukhari & Muslim]

Qiamulail merupakan rutin harian Nabi & para sahabat. Aisyah radiallahu anhu pernah berkata: "Jangan kamu tinggalkan qiamulail. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah meninggalkannya. Jika baginda sakit atau kepenatan, baginda akan solat sambil duduk." [HR Abu Daud]


3) Bersedekah
Ibnu Abbas radiallahu anha berkata; "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ialah seorang yang pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Pemurahnya baginda dalam kebaikan lebih daripada angin yang kencang." [HR al-Bukhari]

4) Menjaga lidah
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: 
"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta & terus mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat pada usahanya yang tidak makan & minum (puasa)." [HR al-Bukhari]


5) Perbanyakkan doa, zikir & istighfar
Setiap saat pada bulan Ramadan adalah mulia. Justeru ambillah kesempatan ini dengan mempernbanyakkan zikir & doa khususnya pada waktu-waktu yang mustajab seperti:
a) Ketika hampir waktu berbuka. 
Nabi menyebut; 3 doa yang tidak tertolak antaranya ialah doaorang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka. [HR al-Tirmidzi]
b) Pada sepertiga malam ketika Allah menyeru:
"Adakah orang yang berdoa, maka Aku akan perkenankan. Adakah orang yang memohon keampunan, maka Aku akan Ampunkannya." [HR Bukhari & Muslim]


6) Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; 
"Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa sepertimana orang yang berpuasa itu, & tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya." [HR at-Tirmidzi]


7) Umrah pada bulan Ramadan
Sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud;
"1 umrah pada bulan Ramadan ganjarannya menyamai 1 haji." Dalam riwayat yang lain: "Menyamai satu haji bersama-samaku." [HR Bukhari & Muslim]


8) Beriktikaf
Khususnya pada 10 malam terakhir. Aisyah radiallahu anhu meriwayatkan: 
"Pada 20 malam terawal, Nabi mencampurkan antara solat & tidur. Apabila tiba 10 malam terakhir, baginda bersungguh-sungguh & mengetatkan kainnya." [HR Ahmad]


Ikatan Kasih

Masih terngiang-terngiang di fikiran saat saya dan dia diijabkabulkan

'Aku terima nikahnya Siti Sallihah Binti Rambely dengan mas kawinnya......"

Sah?

Sah...






28/10/2012

Alhamdulillah..termerai sudah ikatan kasih antara saya dan suami
Allahuakbar..hebatnya perasaan ini  sukar  untuk diungkapkan...
gembira akhirnya selamat menjadi isteri kepada insan yang bernama Mohd Khairul Nizam
sebaknya rasa akhirnya diri ini bukan lagi milik ibu bapa tercinta
Terima kasih mak dan abah atas pengorbanan mu selama ini
Doaku sentiasa mengiringimu..Insyaallah
Ketaatan ku kini sepenuhya untuk suami..
Keredhaan Allah bergantung kepada redha suami


Alhamdulillah...9 bulan sudah berlalu
Cepatnya masa berlalu bagaikan baru 9 hari ia berlalu
Terima kasih ya Allah atas kebahagian ini...
Tidak pernah terfikir di fikiran akan menamatkan zaman bujang
ketika diri ini masih lagi bergelar seorang pelajar
Indahnya percaturan ini...Subhanallah
Kini demi menunaikan tanggungjawab,saya redha walaupun berjauhan
Kasih sayang dan rindu antara kami tidak pernah luntur
Walaupun tidak selalu di depan mata, saya tetap merasai kemanisan cinta ini
hanya doa yg mampu kurimkan buatmu suamiku
Semoga Kau rahmati kami Ya Allah
Peliharalah suamiku di sana..
Semoga Kau tetapkan yang terbaik untuknya di dunia dan di akhirat


Tips untuk semua.:


Doa untuk Kebahagiaan Suami Isteri

Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Katakanlah Ya Muhammad,Jika Kamu Mengasihi Allah,maka hendaklah kamu mngikuti aku,
nescaya Allah mengasihi Kamu dan Mengampun idosa kamu.Dan AllahMaha Pengampun lagi Penyayang

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
semoga kasih sayang antara kami kekal bahagia selamanya dunia akhirat hingga ke Jannah
Amin

Ini suami saya
I Love u sayang
Terima kasih kerana menerima diri yg serba kekurangan ini
Ini Isteri Dia


Thats all...
Terima kasih