Tabung Balik Rumah

1 Nov 2013

BIG TASTE

Assalamualaikum
Busy tetap busy, makan tetap makan...Last week,28 -10 we all ramai2 pg smbut befday girl salah sorang classmate kitorang  munirah kat big taste.big taste ni bertempat di seksyen 7. (Area Jakel side). Restaurant die betul2 bersebelahan dgn butik fareeda.berhadapan dengan food courth.so u  all yang bukan org Shah Alam tu tak perlu takut untuk sesat ...sebut je point yang saya bagi tu semua orang shah alam taw...sekelip mate je korang dah ade depan big taste tu nanti.percayalah..
.
So now kite nak share cket gamba2 kite dengan kkwan kat restaurant yang mostly menyediakan western food ,local food pun ade.kalu korang nak tahu.restaurant ni jugak sesuai untuk smbut bfday ke anniversary ke.Suasana kt dalam very romantik.Sambil makan ade background music kt blakang.Kat dalam tu jgk tak bising mcm sesetengah kedai,so u all boleh menikamati makanan dengan penuh ketenangan. Lets  check out my pictures




Inilah kami
Dari kanan:Nisa,Me,Nailah,Mia,Cha,Muni,Ika,Gee and Nazirah


Err..ya we again


Ini kawan baik.Nama die Nisa


Ini kawan rapat saya..Nailah

Ini lah Birthday girl..munirah..Happy Birthday! We love u


Nk order semua lah

Kat bawah ni pictures makanan yang kitorang order...
Minta semua prepare tisu untuk lap air liur masing-masing





Mine- Ini spaghetti. Nama sciencetific die Chicken Pomodoro
Jgn gelak.Ni serius.
Gerenti sedap sebab i yang order



Nails's- Messi Burger


Nisa's- Ini pun spaghetti,Tp tak igt nama die.Kuah tu daging yang diblender
Sedappp



Munirah's- Ynag ni bithday girls punye


Ika's- Chicken Chop black pepper


Sapa yang suke desser boleh la try yang ni
Nazirah's -x igt nama


Same as above tp ada banana
Gee's -Banana Split


Yeayy..perut da kenyang, Alhamdulillah
So sape2 yang nk try makanan yang mahal cket dari hari biasa datangla Big Taste Seksyen 7 Shah Alam
Mahal tu bukan la mahal melampau..standard RM 30 ke bawah la satu kepala
Makanan yang kitorang makan mlm ni memang licin abes
Nk bgtaw yang x rugi wooo

~Selamat Menjamu Selera~

31 Oct 2013

Demam Thesis






Assalamualaikum,  hope everyone would be fine. Nothing interesting to share but for right now im really busy with my thesis. Biasela mid term da berakhir, so after midterm break, everyone termasuklah diri yang kerdil ini sibuk nak cari data la, then nk siapkan report semua, terase mcm sem baru nak bermula..haha... Bile midterm berakhir itu petanda due date thesis semakin hampir, bile tarikh dah semakin hampir, kehidupan yang sebelum ini agak tenang,  bertukar menjadi agak kelam kabut, tidur tak cukup, makan x menentu,yang paling tak best kalu  stress dah naik sampai kepala. So readers, lets we try to avoid ourselves from that situation. Im jus wanna share to readers ape yang selalu saya buat kalu menghadapi tekanan,tapi tips kat bawah ni x semestinya kene lakukan semua, ambil la mane-mane tips yang mudah untuk kite lakukan...

Tips Menghilangkan Stress dari Dr Fadzilah Khamsah

       1.Solat 5 waktu, seeloknya berjemaah
       2.Ambil wudhu
       3.Banyakkan membaca AlQuran & menghayati maknanya 
       4.Ambil buah buahan dalam menu seharian
       5.Kurangkan makan daging merah, amalkan makan daging putih
       6.Amalkan teknik urutan
       7.Mandi dengan air suam
       8.Berbincang bersama orang lain yang boleh dipercayai 
      9.Tengoklah binatang peliharaan, (kalau Zam, kucing penenang terbaik)
      10.Menangis, cari masa yang sesuai untuk menangis, contohnya waktu solat tahajjud





Jangan lupe bace doa ni...


Beautiful Words to share for myself, sisters and brothers:


mutiara kata Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat




Sometimes its so scared to think about the viva of  thesis that are just around the corner. Come on Salihah, you can do it. Now you have to move faster. Setiap dugaan dan kesusahan actually the one that will bring u closer to Allah. Insyaallah. Nothing is easy except what  Allah have made easy. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen.

Tq for reading:)



26 Sept 2013

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

19 Sept 2013

The Day is Coming

Welcome september 2013...pejam celik pejam perjalanan saya sebagai student dah semakin hampir ke penghujungnya.... I still can't believe that I'm in last semester of degree.insyaallah.Yeayy..
Seperti tahun-tahun sebelum ni...azam semester baru mestilah mengharapkan sem ni adalah yang terbaik dari sem lpas..sape yang bergelar student mcm saya mari kita sama2 setting niat kite mahu menuntut ilmu kerana Allah..semoga Allah permudahkan urusan kita.Yang paling penting bg yang beragama islam..jgn sekali2 meninggalkan solat lima waktu sehari semalam. Lets we keep doing good and moving towards good.  Kite nk berjaya bukan saja di dunia tp jgak di akhirat..insyaallah..pesanan untuk diri sendiri dan semua..Hope the chapter of degree is going to  end with beautiful memories. Oh Tuhan, berkatilah aku dalam mencari ilmu. Moga kau tempatkan yang terbaik untuk ku di dunia dan akhirat.Ameen.




Oh..detik-detik terakhir sebelum meneruskan perjuangan. Thanks sayang hantarkan kite balik kolej.
I love u husband
I will miss u husband
Allah, semoga kau rahmati dan meredhai suami tercinta ini
Tetapkan yang terbaik untuk kami di dunia dan di akhirat.Ameen.



Riang ria di Bukit Merah Lake Town Resort

Hari raya tahun ni sgt bermakna untuk saya dan suami sebab tahun ni raya pertama kami as husband n wife...pewiitt...sape x suka..haha..alhamdulillah He give us a chance untuk merasai nikmat ini. Tapi entri ni bukan nak cerita pasal raya tapi percutian di hari raya.

Memandangkan dua-dua bercuti, family pun ramai yang balik so suami ambil peluang bawa saya dan family (sebelah suami) pergi jalan-jalan rehatkan minda dan tenang-tenangkan fikiran. Tema percutian tahun ini mandi-manda, so suami bagi pilihan sama ada nak pg waterfall atau waterpark. Memandangkan waterfall agak bahaya sekarang (virus kencing tikus) so kami bersepakat memilih Bukit Merah Lake Town Resort sebagai destinasi percutian. Destinasi percutian tak la jauh tapi sgt bermakna bile pegi ramai2 dengan family...boleh merapatkan silaturrahimm..ye dokk??

Percutian ini selama dua hari satu malam. Kami menginap di Waterfront Villa ,Bukit Merah Lake Town. Agak saving percutian kali ini sebab suami dapat 5 tiket free untuk masuk ke waterpark bukit marah..yeayy!!
Salah satunye untuk si isteri...hehe...


 Yang tgah tu mak lang (ummi)..anak ummi left and right side
Hujung sekali jamil (anak maksu)
Hujung kanan tu adik ipar saya..chemah


Ini plak family Mak su

Nak tgk rumah yang kitorang menginap...??



Kat atas ni merupakan design villa yang kitorg stay tu..( i copy amek dlm laman web dorang)

Gambar bawah ni plak the real one.

Dining Hall


Living Hall-Air condition,Tv astro 
Luas dan selesa


Living Hall Stairway...
Memula masuk igtkan setingkat je..rupanye dua tingkat..menarik..


Family Lounge
Ini ruang tamu kt tingkat atas...


Kitchen yg comel

*Kat villa ni ade 4 bilik and 4 bilik air...so sesuai untuk yang ramai family

lepas check in kitorang terus pegi mandi manda..



Ini saya dan suami.motif sgt edit gamba-memory katenye...

Kite dan baju besar



View of Bukit Merah


Suami saya bgtaw awal2 die x nak maen gelongsor ni...takut letteww...haha


Ini lah family yang pergi...include photographer...

Malam plak kitorang siap2 dan gerak ke Kuala Gula for dinner...
Kalu readers nak tau Kuala Gula juga merupakan tempat pelancongan.Sape yang suke memancing memang sesuai berkunjung ke sini. Dalam bilik pun boleh memancing taw..x rugi
Masuk ni saya dah 6 kali datang untuk makan kat sini,makanan yang disediakan x pernah menghampakan.
Kalu berkunjung ke sini jangan lupe pesan KETAM LEMBUT (da famous one)
Feveret famili mestilah KETAM GORENG




Mentang-mentang bercuti bulan syawal, apit (adik ipar) saya x lupe bawak mercun . So lepas balik dinner ktorang main ramai2 ..yeayy!! Sangat seronok. Ni first time saya maen mercun.  roket...haha..selama 25 tahun ni kite pegang bunga api je...huhu



Ni lagi satu aktiviti, tembak menembak ni memang feveret game suami. Apit plak askar..memang makanan die la kan.....Chemah  (Apit's wife) plak mencuba naseb di situ..haha.see..nmapak tak gaya seorang kapten??




Esoknye lpas breakfast kitorang terus siap2 nk pg menghirup udara segar  dan jalan-jalan sebelum pulang.
Ini merupakan jeti untuk pergi ke Pulau Orang Utan.




Kitorang tengah bagi sokongan kat Chemah untuk dapatkan Gajah duduk n kuda laut


Akhirnya Chemah membuktikan kebolehan, kehebatan dan kegagahan beliau.Yeayyy!!


Yang merah tu Chemah punye..ulat tu untuk kite..Tq Chemah sebab maenkan tuk kite..haha


ha..ATV sape pergi Bukit Merah wajib naik taw!..nanti akan ada orang yang guide kita masuk ke hutan,  merentasi bukit dan mengharungi air ..so pergilah untuk suasana yang adventure



Husband and me. Suami buat-buat tak nak naik.


Apit and his wife
Kami sedang menyiapkan projek jambatan pulau pinang yang kedua.

Do we look a child?? haha


Yeayy balik rumah bersama ulat dan arnab kecil.

We will come again..Insyaallah

HAPPY HOLIDAY READERS!!

8 Jul 2013

Ramadhan Datang Lagi..

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Semoga Ramadhan kali  ini sgt bermakna untuk kita menjalani ibadah 
Jangan lupe niat:




Amalan sunat untuk menghidupkn bulan Ramadhan: mengikut sunnah:

1) Membaca al-Quran
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Jibrail alahi salam membacakan al-Quran untuk baginda pada setiap tahun (pada bulan Ramadan) sebanyak sekali. Namun, pada tahun kewafatan baginda, dia membacanya sebanyak 2 kali. [HR al-Bukhari & Muslim]


2) Qiamulail 
Pada Ramadan, kita akan melaksanakan 2 jihad diri:

a) Jihad di siang hari dengan berpuasa.
b) Jihad di malam hari dengan qiamulail.

Sesiapa yang berjaya melakukan 2 jihad ini dengan sebaik-baiknya, baginya ganjaran yang amat besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun (solat) pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan & pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas." [HR al-Bukhari & Muslim]

Qiamulail merupakan rutin harian Nabi & para sahabat. Aisyah radiallahu anhu pernah berkata: "Jangan kamu tinggalkan qiamulail. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah meninggalkannya. Jika baginda sakit atau kepenatan, baginda akan solat sambil duduk." [HR Abu Daud]


3) Bersedekah
Ibnu Abbas radiallahu anha berkata; "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ialah seorang yang pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Pemurahnya baginda dalam kebaikan lebih daripada angin yang kencang." [HR al-Bukhari]

4) Menjaga lidah
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: 
"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta & terus mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat pada usahanya yang tidak makan & minum (puasa)." [HR al-Bukhari]


5) Perbanyakkan doa, zikir & istighfar
Setiap saat pada bulan Ramadan adalah mulia. Justeru ambillah kesempatan ini dengan mempernbanyakkan zikir & doa khususnya pada waktu-waktu yang mustajab seperti:
a) Ketika hampir waktu berbuka. 
Nabi menyebut; 3 doa yang tidak tertolak antaranya ialah doaorang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka. [HR al-Tirmidzi]
b) Pada sepertiga malam ketika Allah menyeru:
"Adakah orang yang berdoa, maka Aku akan perkenankan. Adakah orang yang memohon keampunan, maka Aku akan Ampunkannya." [HR Bukhari & Muslim]


6) Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; 
"Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa sepertimana orang yang berpuasa itu, & tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya." [HR at-Tirmidzi]


7) Umrah pada bulan Ramadan
Sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud;
"1 umrah pada bulan Ramadan ganjarannya menyamai 1 haji." Dalam riwayat yang lain: "Menyamai satu haji bersama-samaku." [HR Bukhari & Muslim]


8) Beriktikaf
Khususnya pada 10 malam terakhir. Aisyah radiallahu anhu meriwayatkan: 
"Pada 20 malam terawal, Nabi mencampurkan antara solat & tidur. Apabila tiba 10 malam terakhir, baginda bersungguh-sungguh & mengetatkan kainnya." [HR Ahmad]


Ikatan Kasih

Masih terngiang-terngiang di fikiran saat saya dan dia diijabkabulkan

'Aku terima nikahnya Siti Sallihah Binti Rambely dengan mas kawinnya......"

Sah?

Sah...






28/10/2012

Alhamdulillah..termerai sudah ikatan kasih antara saya dan suami
Allahuakbar..hebatnya perasaan ini  sukar  untuk diungkapkan...
gembira akhirnya selamat menjadi isteri kepada insan yang bernama Mohd Khairul Nizam
sebaknya rasa akhirnya diri ini bukan lagi milik ibu bapa tercinta
Terima kasih mak dan abah atas pengorbanan mu selama ini
Doaku sentiasa mengiringimu..Insyaallah
Ketaatan ku kini sepenuhya untuk suami..
Keredhaan Allah bergantung kepada redha suami


Alhamdulillah...9 bulan sudah berlalu
Cepatnya masa berlalu bagaikan baru 9 hari ia berlalu
Terima kasih ya Allah atas kebahagian ini...
Tidak pernah terfikir di fikiran akan menamatkan zaman bujang
ketika diri ini masih lagi bergelar seorang pelajar
Indahnya percaturan ini...Subhanallah
Kini demi menunaikan tanggungjawab,saya redha walaupun berjauhan
Kasih sayang dan rindu antara kami tidak pernah luntur
Walaupun tidak selalu di depan mata, saya tetap merasai kemanisan cinta ini
hanya doa yg mampu kurimkan buatmu suamiku
Semoga Kau rahmati kami Ya Allah
Peliharalah suamiku di sana..
Semoga Kau tetapkan yang terbaik untuknya di dunia dan di akhirat


Tips untuk semua.:


Doa untuk Kebahagiaan Suami Isteri

Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Katakanlah Ya Muhammad,Jika Kamu Mengasihi Allah,maka hendaklah kamu mngikuti aku,
nescaya Allah mengasihi Kamu dan Mengampun idosa kamu.Dan AllahMaha Pengampun lagi Penyayang

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
semoga kasih sayang antara kami kekal bahagia selamanya dunia akhirat hingga ke Jannah
Amin

Ini suami saya
I Love u sayang
Terima kasih kerana menerima diri yg serba kekurangan ini
Ini Isteri Dia


Thats all...
Terima kasih